♥ Cik Jannah ♥
Bersua kembali uolls..
Wednesday, October 1 | 0Superstar (s)!


Berabad agaknya aku dah lupa macam mana nak menaip blog ni, aduhaii. Hmm.. Dengar tak keluhan kesah aku.. Dalam tempoh sembilan bulan aku tak menaip ni, telah banyak perkara yang aku lalui dalam hidup ni.. Pastinya lebih banyak pahit berbanding manisnya..

Aku malas nak story panjang, cukuplah sekejap saja aku luahkan.. Sebab sekarang aku dah bergelar siswi universiti, bukan lagi di bangku-bangku sekolah seperti dulu.. Aku mulakan dengan yang paling besar perubahan dalam hidup aku.. 

Aku telah kehilangan seorang abang kandung, Mohd Lutfi Helmi Bin Fadzil pada tanggal 06 Ogos 2014 yang lalu.. Abang yang selalu tolong aku, ada bersama sering kalinya.. telah pergi menemui pencipta-Nya Allah S.W.T pada usia mudanya 22 tahun. Sedih dan rindu saat ini sukar dan tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.. Al-Fatihah. Sesungguhnya aku perlu tabah untuk mendoakan ketenangan serta kesejahteraan abang aku disana. Moga Abgmie ditempatkan dikalangan orang beriman, Amin ya robbal alamin..

Yang keduanya, belum cukup sebulan pemergian abang yang tersayang, aku telah mendaftarkan diri ke Universiti Utara Malaysia. Dengan CGPA 3.50 STPM, aku mendapat jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian. Alhamdulillah syukur saat mendapat berita gembira ini. Namun tiada yang lain dalam ingatan kecuali terhadap arwah. Tak sempat arwah nak kongsi kegembiraan bersama aku. 

Hari ini genap sebulan aku disini, di UUM. Dan lima hari akan datang, genap dua bulan pemergian abang.. Masih terbayang gelak tawa, tepukan mesra, senyumannya. Ya Allah, beratnya rasa hati ini.. Hanya Allah saja yang tahu.. Dalam beberapa hari lagi, Raya AidilAdha.. pastinya semua ahli keluarga akan merasa seperti mana aku rasa, terutama mak.. Kuatkan lah hati ini, tabah wahai hati.. InsyaAllah..




Older Post | Newer Post
Tuan Tanah


Hello! I'm Cik Jannah ♥ ! READ ME, GUIDE ME AND WALK BESIDE ME Firstly, I want you to know that this is a personal blog about my life, my passion, and also my perspective. If you like what you read, please do come again. In the other hand, if you dislike my writing, you can stop read and may leave this page on the spot. Thanks a lot of you :)
Klik-Klik sini !
Entry Owner Linkies Stuff FOLLOW
Nak bisik sikit !

Mohon maaf diatas penggunaan 'aku', 'hang', 'hampa' dan bahasa geli geleman dan seumpama dgnnya terutama kpd yg lebih up umurnya dari tuan empunya belog. :)


Let's Talk!

CBOX CODE!


BF forever :)

Who next ? :)
Big applause to...

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Syaf
Re.Edit : Alya and Fea Exotics
Owner : Cik Jannah ♥

This blue pink templates made by PrincessBunny. The photogenic pictures taken at WeHeartit. Powered by Blogger.com.

Best View at GOOGLE CHROME!
Tamau-tamau ! Cubit nanti haa :)